PINJAMAN BUKU TEKS (AKADEMIK SAHAJA) TAHFIZ 1 - TAHFIZ 6 SESI 2018

Cetak
Assalamu'alaikum wrt wbt...
 
PINJAMAN BUKU TEKS (AKADEMIK SAHAJA)TAHFIZ 1 - TAHFIZ 6 (2018)
 
Makluman kepada semua Ibu bapa/Penjaga/Waris murid
Sekolah Tahfiz Al-Islah (STAIL).
 
Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan STAIL telah mendapat pinjaman buku teks sepenuhnya daripada Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jab. Agama Islam Pulau Pinang (Bahagian Pendidikan) untuk Tahfiz 1 hingga Tahfiz 6.
 
Oleh itu, waris tidak perlu membeli buku teks dan buku aktiviti (akademik).
 
Sukacita juga dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan membuat penyerahan buku teks dan aktiviti pada minggu pertama persekolahan.
 
Pihak sekolah memohon maaf di atas sebarang kesulitan memandangkan sekolah baru sahaja menerima penghantaran buku tersebut pada hari ini.
 
Sebarang pertanyaan berkaitan buku teks/aktiviti boleh hubungi Teacher Madihah (0102836403).
 
Sekian.
 
Ahmad Hafiz Bin Mohd
Guru Besar STAIL
20 DISEMBER 2017