Anda berada di: Halaman Utama

PENGUMUMAN

E-mail Cetak PDF

Untuk makluman semua ibubapa/waris yang telah menghantar borang permohonan secara atas talian (online), satu sesi temuduga untuk permohonan kemasukan murid baru sesi 2018 akan diadakan pada ketetapan berikut:-

i) TEMUDUGA PELAJAR KE SEKOLAH TAHFIZ AL-ISLAH (STAIL) (TAHUN 1- TAHUN 5 SAHAJA)

Tarikh: 28/10/2017 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari

Tempat : Sekolah Tahfiz Al-Islah (STAIL)

Pakaian :-

Tahun 1 (Baju Melayu/ Baju Kurung)

Tahun 2-5 (Uniform Sekolah)

Yuran Temuduga RM 10 dan murid dikehendaki membawa alat tulis.

*Untuk semakan senarai nama peserta temuduga SEKOLAH TAHFIZ AL-ISLAH, klik sini.

*Untuk syarat kemasukan pelajar boleh klik sini.


ii) TEMUDUGA PELAJAR KE TADIKA PRA TAHFIZ AL-ISLAH (Tadika Pra STAIL) (6 TAHUN SAHAJA)

Tarikh: 14/10/2017 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Serbaguna Tadika Tahfiz Al-Islah, Taman Seri Gelugor

Pakaian: Baju Melayu / Baju kurung

Yuran Temuduga RM 10 dan murid dikehendaki membawa alat tulis.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Guru Besar Pra Tahfiz di talian : 013-531 1916 (Pn Noor Milia)

*Untuk semakan senarai nama peserta temuduga PRA TAHFIZ AL-ISLAH, klik sini.


iii) TEMUDUGA PELAJAR KE SEKOLAH MENENGAH ARAB TAHFIZ (SMART)

Tarikh: 04/11/2017 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengahari (Ujian lisan & bertulis)

Tempat : Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART)

Pakaian : Uniform sekolah

Yuran temuduga : RM 5.00

Slot bersama waris akan dijalankan semasa temuduga dijalankan. (Sila bawa pen)

Pelajar dikehendaki membawa alat tulis.

Bagi mana-mana pelajar yang masih belum menyerahkan dokumen berikut, sila serahkan di kaunter pendaftaran sewaktu hari tersebut.

i) Salinan kad pengenalan (Pelajar & ibubapa)
ii) Salinan slip gaji ibubapa
iii) Salinan keputusan percubaan UPSR (bagi kemasukan ke Tingkatan 1)
iv) Salinan keputusan peperiksaan akhir tahun (bagi kemasukan ke tingkatan 2-5)
v) Sijil-sijil lain yang berkaitan (jika ada)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat SMART di talian : 04-5732973

*Untuk semakan senarai nama peserta temuduga Sekolah Menengah Arab Tahfiz, klik sini.