Anda berada di: Halaman Utama

MAJLIS IFTAR PERDANA 2017/1438H

E-mail Cetak PDF

Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak kali ini, Sekolah Tahfiz Al-Islah (STAIL) dan Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART) ingin memberi peluang kepada semua umat Islam untuk beramai-ramai memeriahkan Majlis Iftar Perdana yang dianjurkan seperti ketetapan berikut:

              Tarikh    : 16hb. Jun 2017 M/21 Ramadhan 1438 H (Jumaat)
              Masa     : 5.30 petang – 9.00 malam
              Tempat : Dewan Terbuka STAILSMART

Jom pakat kongsi dan salurkan sumbangan melalui pembelian kerusi/meja untuk Majlis Iftar Perdana kali ini.

Antara bentuk sumbangan adalah seperti berikut:

                Meja                       : RM 250.00 (8 orang)
                Individu                  : RM 35.00 (1 kerusi)
                Sumbangan Ikhlas  : Tidak terhad

Terbuka kepada semua lapisan masyarakat/ibu bapa/alumni/pelajar/murid/guru-guru.

AYUH RENUNGKAN SURAH AL-BAQARAH, AYAT 261:


مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."

 alt