Anda berada di: Halaman Utama

Sistem Pendidikan

E-mail Cetak PDF

Matlamat kurikulum STAIL

  • Penumpuan terhadap pembinaan niat yang ikhlas dan kejujuran dalam semua tugas yang dilakukan oleh seseorang individu.
  • Penekanan terhadap pentingnya wujud satu suasana kerohanian diantara pendidik dengan penuntut agar keimanan dan nilai-nilai yang  baik dapat diwujudkan dalam proses pendidikan.
  • Kekuatan yang boleh melahirkan "integrated personality" atau sahsiah yang bersepadu bagi menyediakan seseorang individu untuk menghadapi seluruh aspek kehidupan ini.
  • Penumpuan terhadap keperluan rohani dan material menusia yang tidak dapat dipisahkan antara stu sama lain.
  • Pembinaan iman dan nilai-nilai murni didalam hati dan pemikiran generasi muda serta kemajuan dalam pembentukan akhlak dan kerohanian.
  • Penggabungan antara unsur-unsur ilmu dan amal, iman dan akhlak serta teori praktikal dalam kehidupan.