Utama > Syarat Kemasukan Sekolah Men

31-Oct-2018

Syarat Kemasukan Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART)

TINGKATAN 1 DAN 2

1. lulus UPSR dengan sekurang-kurangnya 1A

2. Menguasai asas - asas bacaan, penulisan dan kefahaman - B.melayu, B. Inggeris, B. Arab dan Jawi.

3. Mampu dan Berkebolehan untuk menghafal 5 - 7 baris ayat al-Quran setiap hari.

4. Lulus ujian temuduga (lisan dan kefahaman) daripada pihak sekolah.

5. Waris berkemampuan untuk menjelaskan yuran pengajian sebanyak *RM250.00 setiap bulan.

6. Permohonan untuk temuduga dan pemilihan ke Smart 1 hendaklah disertai dengan keputusan percubaan UPSR 2015 diperingkat sekolah masing - masing. Permohonan ke Smart 2 hendaklah disertai dengan keputusan peperiksaan UPSR sebenar dan 1 salinan surat berhenti dari sekolah lama.

*Tertakluk kepada sebarang perubahan

CARA MEMBUAT PERMOHONAN - SEKOLAH MENENGAH ARAB TAHFIZ

1. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran pelajar secara online di www.stailsmart.edu.my

2. Borang permohonan akan dikeluarkan pada bulan jun sehingga ogos setiap tahun.

3. Surat panggilan untuk ujian kemasukan akan dikeluarkan pada bulan september hingga oktober.

4. Keputusan ujian kemasukan akan dimaklumkan sekitar bulan oktober hingga november.

5. Pelajar yang layak melepasi ujian sahaja akan membuat pendaftaran pada bulan disember.