Utama > SYARAT KEMASUKAN SEK.REN

31-Oct-2018

Syarat Kemasukan Sekolah Tahfiz Al - Islah (STAIL)

1. Berumur 7 tahun pada tahun persekolahan 2018.

2. Boleh membaca sekurang-kurangnya buku IQRA\' 4.

3. Boleh membaca Bahasa Melayu dan mempunyai asas Tulisan Jawi.

4. Lulus ujian bertulis dan ujian lisan yang disediakan oleh pihak sekolah.

5. Ujian bertulis merangkumi subjek berikut:

i. Bahasa Melayu

ii. Bahasa Inggeris

iii. Matematik

iv. Bahasa Arab

v. Tulisan Jawi

6. Ujian Lisan merangkumi ujian bacaan Tulisan Jawi, Bahasa Melayu dan ujian bacaan Al-Quran/buku IQRA\' (mengikut tahap bacaan murid).

CARA MEMBUAT PERMOHONAN - SEKOLAH TAHFIZ AL-ISLAH

1. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran pelajar secara online di www.stailsmart.edu.my

3. Panggilan untuk ujian kemasukan akan dibuat sekitar bulan September hingga Oktober.

4. Keputusan ujian kemasukan akan dimaklumkan sekitar bulan Oktober hingga November.

5. Pelajar yang layak melepasi ujian sahaja akan membuat pendaftaran pada bulan Disember.