Utama > PENGENALAN

12-Sep-2018

Pusat Pendidikan Al-Ikram bermula dengan penubuhan prasekolah dan sekolah rendah pada 1 Januari 2000 di Taman Seri Gelugor, Tasek Gelugor dan seterusnya pada 1 Januari 2007 Sekolah Menengah Islam Al-Ikram ditubuhkan. Kedua-dua SRI dan SMI beroperasi dibangunan baru di alamat Lot 4360 Mukim 12, Jalan Pokok Machang, 13300 Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Manakala Pra-Tahfiz Al-Islah kekal di Taman Seri Gelugor, Seberang Perai Utara.

SRI dan SMI Al-Ikram di daftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dengan No Pendaftarannya JAIPP/PEND/04-KB(R)-039 dan JAIPP/PEND/04-KB-(M)0042.

PPAI (SRI, SMI dan Pra-Tahfiz Al-Islah) juga didaftarkan dengan Unit Swasta Kementerian Pelajaran Malaysia.

PPAI adalah sebuah Institusi Pendidikan di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (cawangan Pulau Pinang) dan dikawal-selia oleh IKRAM-MUSLEH melalui barisan Jamaah Pengurusan Sekolah (JPS) yang dilantik oleh Jawatankuasa Negeri Pulau Pinang Pertubuhan IKRAM Malaysia.

SENARAI PUSAT PENDIDIKAN AL-IKRAM

1.Pra-Tahfiz Al-Islah

4 Tahun sehingga 6 Tahun
2.Sekolah Rendah Islam Al-Ikram (STAIL)

Tahun 1 sehingga Tahun 6
3.Sekolah Menengah Islam Al-Ikram (SMART)

Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5